Breaking News
Home » Berita » Malam Talkin Untuk AUKU

Malam Talkin Untuk AUKU

Malam Talkin Untuk AUKU | Adam Adli – Satu perhimpunan selama 16 jam yang dirancang oleh sekumpulan mahasiswa yang dinamakan juga malam talkin untuk AUKU seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab.Perhimpunan yang akan diadakan dihadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI itu adalah bertujuan untuk menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat perintah untuk dibicarakan oleh UPSI yang melibatkan dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama UPSI dan menurunkan harta hak milik (bendera) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.Surat perintah tersebut mengarahkan Adam untuk hadir di perbicaraan mahkamah tatatertib universiti itu pada 9 Januari 2011.

Sumber mStar Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *