Home » Uncategorized » Malam Penentuan

Malam Penentuan

Pusingan ke dua peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011 akan berlangsung malam ini.Sudah pasti malam ini perlawanan tumpuan pasti terarah kepada pertembungan juara bertahan Piala Malaysia Kelantan dengan Terengganu.Dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Kuala Terengganu ,Kelantan tumbang dengan jaringan 1-3 dimana 5 kad merah dilayangkan oleh pengadil 3 untuk Kelantan dan 2 untuk Terengganu.

Selain itu janji jurulatih Negeri Sembilan untuk bangkit dalam pertemuan kedua di Stadium Paroi juga pasti menarik perhatian kerana Juara Piala Malaysis 2009 dan finalis 2010 itu ingin memadamkan defisit 1 gol yang dimiliki oleh Felda United ketika kecundang 0-1 ditempat lawan dalam perlawanan pertama.Mampukah Azrai Khor mengasah barisan serangan N.Sembilan yang agak tumpul dalam perlawanan pusingan pertama.

Selain itu kelebihan 2 jaringan Selangor hasil kemenangan 3-1 di Shah Alam belum tentu menjamin laluan mudah apabila mereka bertandang ke Ipoh malam ini.Perak pastinya akan bangkit untuk memberi saingan dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.Malam ini juga pasukan berstatus kelab iaitu T-Team akan melayan kunjungan Sabah di Kuala Terengganu.Ketika perlawanan di Stadium Likas,mereka berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan 2-1.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *