Breaking News
Home » Kesihatan » Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja yang telah terjebak tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau remaja malahan ada juga kanak-kanak. Ramai juga yang cuba berhenti merokok dengan berbagai cara, tahniah atas usaha anda yang murni itu.

Banyak sahaja cara untuk mula berhenti merokok tidak kira secara tradisional atau moden. Namun bukan mudah sebenarnya kerana ketagihan nikotin sangat kuat. Apa yang perlu sebenarnya adalah kekuatan hati dengan katakan tidak kepada rokok.

Beberapa makanan boleh dicadangkan untuk membantu dalam proses berhenti merokok. Disamping kekuatan diri melawan dan dengan berbagai petua berhenti merokok dan ubatan, makanan ini juga boleh dijadikan sebahagian dari usaha anda kearah hidup yang lebih sihat.

Berhenti merokok

Cuba amalkan makanan yang agak masin namun jangan pula keterlaluan nanti penyakit lain pula yang datang. Makanan yang masin dapat mengawal keinginan untuk merokok.

Halia dan bawang putih mampu membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok.  Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan ketika anda berusaha berhenti merokok.

Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan pektin yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah ini kerana madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.

FAKTA
Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.

Check Also

kawal suhu badan ketika musim panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas. Ketika cuaca dan suhu panas melanda, pasti kita menghadapi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *