Breaking News
Home » Kesihatan » Makanan Yang Boleh Membuat Otak Cerdas

Makanan Yang Boleh Membuat Otak Cerdas

Makanan Yang Boleh Membuat Otak Cerdas. Tahukah anda bahawa otak tersusun dari kumpulan neuron, dimana neuron merupakan sel saraf panjang seperti kawat yang menghantarkan maklumat melalui sistem saraf dan otak. Jadi kita memerlukan otak yang sihat. Salah satu caranya adalah dengan pemakanan. Ada beberapa makanan yang mampu membuat otak menjadi cerdas.

Makanan Yang Boleh Membuat Otak Cerdas
otak manusia

Sayur-sayuran terutama bayam mempunyai kandungan vitamin E dan folat yang tinggi. Asid folat mampu memperlancarkan perjalanan darah dalam tubuh, termasuk ke otak dan mecegah matinya sel-sel di otak. Selain bayam, Brokoli juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan untuk otak, seperti vitamin B6, vitamin E, asid lemak Omega-3, kolin, protein, zinc dan juga selenium. Semua nutrisi tersebut akan bertidak balas pada kesihatan sel-sel otak.

Minyak zaitun juga bagus untuk otak ini kerana kandungan pada minyak ziatun dapat membantu meningkatkan memori dan mencegah pelbagai penyakit. Minyak zaitun juga bersifat antioksidan dan anti inflamsi yang keduanya penting untuk mencegah kanser.

Asid lemak Omega 3 yang sangat bagus untuk otak dan fungsi kognitif secara keselurahannya. Omega 3 mampu meningkatkan fungsi otak pada orang dewasa usia produktif. Omega 3 banyak didapati dalam ikan terutama ikan salmon.

Banyak lagi makanan yang membantu kesihatan otak kita. Penjagaan pemakanan bukan sahaja untuk organ badan lain tetapi juga penting untuk otak kita.

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *