Breaking News
Home » Berita » Majlis Persandingan Tengku Mahkota Johor

Majlis Persandingan Tengku Mahkota Johor

Majlis Persandingan Tengku Mahkota Johor – Istiadat Persandingan Diraja antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasangannya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Istana Besar Johor Bahru.

Istiadat Persandingan Tengku Mahkota Johor disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, dif-dif kenamaan dan ditonton oleh lebih 1,000 rakyat jelata menerusi dua unit skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis persandingan bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut hadir  adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Istiadat merenjis dan tepung tawar dimulakan oleh Sultan Brunei, diikuti isterinya, Sultan Pahang dan Sultanah, Sultan Johor dan Raja Zarith Sofiah dan Nenda Sultan Ismail, Enche Besar Hajjah Khalsom.

Istiadat persandingan Tengku Mahkota Johor

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *