Home » Info Hiburan » Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Pelakon wanita popular Yana Samsudin selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya Fadzil Zahari hari ini. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor.

Yana Samsudin menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta lima dulang hantaran yang berbalas tujuh untuk pihak lelaki. Jumlah wang hantaran adalah sebanyak RM 50 ribu. Baju pengantin perempuan dalam majlis akad nikah ini ditaja oleh Bianco Mimosa.

Pasangan itu dinikahkan Imam Shamsul Rizalaris Abd Hamid dari Masjid Jamek Yong Peng selain dihadiri teman artis seperti Erra Fazira dan Shaheizy Sam.

Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan pada 14 februari 2015 di Dataran Gemilang Yong Peng. Mysensasi mengucapkan selamat pengantin baru buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Berikut adalah  gambar yang dipetik dari sumber BH Online.

Gambar Majlis akad nikah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Majlis akad nikah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

 

 

 

 

 

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *