Home » Uncategorized » Majlis Pernikahan Irma Hasmie 29 Jun 2012

Majlis Pernikahan Irma Hasmie 29 Jun 2012

Majlis Pernikahan Irma Hasmie – Pelakon Irma Hasmie selamat diijabkabulkan pada satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira jam 3.55 petang. Irma Hasmie selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga seorang ahli perniagaan. 

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie , Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dan dua saksi. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin.

Di olah dari sumber Utusan

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *