Breaking News
Home » Uncategorized » Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai | Majlis Perkahwinan Fasha Dan Jejai – Fasha Sadha sah menjadi isteri kepada ahli pernikahan Toh Muda Rizal Ashram atau Jejai dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Tingkat 30, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam 27April 2012.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hassan bin Hj Moideen. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.Fasha Sandha menerima 7 dulang hantaran berupa beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat.Manakala Jejai menerima 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat dari pihak Fasha Sandha.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Jejai setelah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 20 Jun 2006. Pasangan itu bercerai pada 12 Ogos 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli.


Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. Azhafizah[フィザ]

    semoga jodoh mereka berkekalan..aminn

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *