Breaking News
Home » Uncategorized » Majlis Pernikahan Awal Dan Scha 4 Mei 2012

Majlis Pernikahan Awal Dan Scha 4 Mei 2012

Majlis Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya | Akad Nikah Awal Dan Scha – Pelakon Awal dan Scha sah menjadi pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira jam 9.15 malam hari ini. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM2,050.

Dalam majlis ini Scha menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek dari pihak perempuan.

Majlis pernikahan pasangan Awal dan Scha hanya dihadiri oleh saudara mara dan sahabat rapat.Namun pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei ( ahad ).


GAMBAR DI SINI

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *