Home » Uncategorized » Majlis Perkahwinan Terhangat 2012

Majlis Perkahwinan Terhangat 2012

Majlis Perkahwinan Selebriti Sepanjang 2012 – Nampaknya 2012 sudah sampah ke penghujung dan 2013 semakin hampir. Disini sekadar ingin berkongsi beberapa majlis pernikahan dan perkahwinan terhangat dikalangan selebriti Malaysia pada tahun 2012.

20 Januari – Ally Iskandar/Farah Lee
Ally Iskandar, 35, memilih Nurfarahin Romli, 22, sebagai isteri. Pasangan ini dinikahkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


23 Februari – Yusry/Lisa Surihani
Digelar Wedding of The Year untuk tahun 2012.


25 Februari –  Ana Raffali/Naim
Dengan sekali lafaz, Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah. Pasangan ini dinikahkan bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412.


1 April – Azza Elite/Azlan Zulaily
Bekas ahli kumpulan Elite ini memilih pramugara, Azlan Zulaily sebagai suaminya. Mereka berkahwin pada 1 April tanpa ikatan pertunangan. 


15 April –  Natasha Hudson/Carleed Khaza
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon jelita, Natasha Hudson akhirnya bertemu jodoh dengan rapper, Carleed Khaza. Majlis pernikahan mereka berlangsung sederhana di Masjid Wilayah


27 April – Fasha Sandha/Rizal Ashram
Biar pun berdepan pelbagai kontroversi, ternyata jodoh Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai sangat kuat.


4 Mei – Scha Al Yahya/Awal Ashaari
Setelah beberapa tahun bercinta, pasangan selebriti, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari disatukan sebagai suami isteri. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,050, sementara wang hantaran dirahsiakan.


6 Jun – Nurul/Eric Depp
Penyanyi hitam manis ini menamatkan zaman jandanya dengan memilih lelaki Perancis, Eric Daniel Depp sebagai suami. Pasangan dinikahkan, Ustaz Azizan Othman di majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang. 


29 Jun – Irma Hasmie/Redza Syah
Pertemuan di Tanah Suci telah menyatukan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah.


7 Julai – Ella/Azhar
Di usia 46 tahun, penyanyi rock terkenal, Ella akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan, Azhar Ghazali, 30. Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300.


31 Ogos – Izreen/Azminda dan Muhd Riza
Pelakon drama Juvana ini memilih hari kemerdekaan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan jurukamera bebas, Muhd Riza. Izreen menerima wang hantaran berjumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999.


3 November – Farid Kamil/Diana Danielle
Empat tahun saling mengenali, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sepakat menamatkan zaman bujang mereka. Majlis pernikahan berkonsep taman berlangsung di Flamingo By The Lake, Ampang.


8 Disember – Betty Banafe/Bruce Darghous
Hampir membatalkan perkahwinannya di saat akhir, Betty Banafe akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous. 


22 Disember – Anne Ngasri/Sumali
Menutup tirai 2012 ialah perkahwinan dramatis popular, Anne Ngasri dan ahli politik, Mohd Sumali Reduan yang diadakan di Pontian, Johor.



sumber sinar

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. semoga mereka bahagia ke akhir hayat..:)

  2. lagi hangat kalau dalam list ada nama bro kahkahkah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *