Home » Info Sukan » Majlis Perkahwinan Baddrol Bakhtiar Dan Nur Izyan

Majlis Perkahwinan Baddrol Bakhtiar Dan Nur Izyan

Gambar Majlis Perkahwinan Baddrol Bakhtiar Dan Nur Izyan. Siapa tidak kenal dengan pemain bahagian tengah Kedah dan Malaysia ini. Beliau telah pun selamat menjadi seorang suami apabila diijabkabulkan dengan seorang guru Nur Izyan pada 13 November 2015.

Bad dan Nur Izyan, sah sebagai suami isteri selepas diijab kabul dalam satu majlis di kediaman pengantin perempuan di Taman Peruda Utama, Sungai Petani.

Menurut Bad, isterinya Nur Izyan yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa kurang meminati bola sepak, namun tetap mengharapkan perkahwinan itu akan memberi semangat untuknya meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Majlis persandingan akan diadakan pada 14.11.2015 di kediaman isterinya, manakala kenduri di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 22 November di Taman Desa Indah.

Gambar majlis pernikahan Baddrol

Tahniah dari kami buat baddrol dan isteri, semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *