Home » Info Sukan » Majlis Pelancaran Jersi Dan Pemain Felda United 2017

Majlis Pelancaran Jersi Dan Pemain Felda United 2017

Majlis Pelancaran Jersi Dan Pemain Felda United 2017. Selaku naib juara Liga Super 2016, Felda United sudah pasti menjadi tumpuan dalam kempen Liga Super 2017 yang akan bermula tidak lama lagi. Pasti peminat kelab itu mengekalkan momentum agar terus menjadi pencabar utama dalam saingan bolasepak Malaysia.

Kemampuan setiap pasukan sudah pasti hadir dari kerjasama sepasukan yang melibatkan pengurusan, kejurulatihan dan pemain itu sendiri. Semua sudah sedia maklum bekas jurulatih JDT II iaitu Azmi Mohamad telah dilantik selaku ketua jurulatih Felda United FC. Menerusi feedback laman sosial, ramai yang memperlekehkan pemilihan ini dengan meletakan jurulatih yang tiada rekod cemerlang. Namun apa yang pasti, keputusan FUFC meletakan anak kelahiran Felda dari Johor ini pasti ada sesuatu yang istimewa. Nantikan aksi sebenar bermula baru kita dapat menilai kemampuan sebenar.

Bila musim baru bermula, senarai pemain antara yang menjadi tumpuan untuk diketahui oleh peminat dan lawan. Seperti biasa, pemain datang dan pergi. Namun harapan peminat sudah pasti mahu melihat pemain yang berkualiti mewakili pasukan bukan hanya gah dengan skill individu tetapi pemain yang dapat bermain secara berpasukan mengikut arahan jurulatih. Siapakah pemain yang akan disenaraikan oleh Felda United untuk musim 2017?

Dari pemerhatian di media sosial dan portal sukan, beberapa pemain utama musim 2016 masih kekal antaranya kapten Shukor Adan, Hadin Azman, Syahid, Farizal Harun. Ditambah dengan kemasukan beberapa pemain baru antara yang telah pasti iaitu Wan Zack Haikal dan Norshahrul Idlan Talaha sudah pasti menambah sengat FUFC. Sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi bayangan siapakah pemain import Felda United.

SIAPAKAH PEMAIN FELDA UNITED 2017 ?

Pertanya diatas hanya akan terjawab pada 7 Januari 2017 dalam majlis Pelancaran Jersi Dan Pemain Felda United 2017. Turut menjadi sesuatu yang istimewa adalah, 7 januari adalah ulangtahun penubuhan FUFC yang ke 10 tahun.

Jersi Dan pemain Felda United 2017
Jersi Dan pemain Felda United 2017

Kepada penyokong anda dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Dan Pemain Felda United 2017 yang akan diadakan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 7 Januari 2018 bermula jam 8.00 malam. Tiket masuk hanya RM10 dan pada malam itu turut akan diadakan perlawanan persahabatan FUFC All Star menentang Dugong All Star.

Bagi pihak kami, mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Felda United FC dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC 2017. Kepada penyokong, hadirlah ke stadium memberi sokongan. Kehadiran anda akan menjadi sebahagian dari kekuatan pasukan dalam menghadapi lawan.

Check Also

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2017. Hari ini merupakan perlawanan ke 19 saingan liga super. …

One comment

  1. Good luck Felda United untuk musim 2017

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *