Home » Info Sukan » Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT Musim 2016

Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT Musim 2016

Pasti peminat pasukan Johor Darul Ta`zim tidak sabar menantikan jersi terbaru pasukan itu. Satu Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT Musim 2016 akan diadakan pada 16 Januari jam 8.45 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Jika anda ingin menjadi antara yang terawal memiliki jersi baru JDT 2016 pastikan anda hadir ke majlis pelancaran bagi sama-sama memeriahkan serta menyaksikan rekaan jersi terbaru kelab bolasepak JDT. Jersi kali ini akan ditaja oleh Adidas.

Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT Musim 2016
Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT Musim 2016

Menurut sumber dari laman facebook Johor Southern Tigers, booth jualan jersi baharu JDT 2016 akan dibuka serentak sempena Majlis Pelancaran Jersi Kelab Johor Darul Ta’zim seperti senarai dibawah. Tayangan Big Screen Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak Johor DT 2016 yang dipancarkan secara langsung dari Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 16hb Januari ini, jam 8.45 malam akan ditayangkan serentak di setiap daerah. Lokasi adalah seperti disenaraikan

• Johor Bahru
– Dataran Bandaraya Johor Bahru

• Kulai
– RTC Kulai

• Muar
– Dataran Tanjung Emas

• Kota Tinggi
– Medan Selera SRCC Tenggara, Sanggar Kota

• Tangkak
– Dataran Ledang, Tangkak

• Mersing
– Pejabat Majlis Daerah Mersing

• Pontian
– Dataran Dewan Jubli Intan

• Segamat
– Dataran Segamat

• Kluang
– Laman Tasik

• Batu Pahat
– Dataran Penggaram

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *