Breaking News
Home » Berita » Majlis Akad Nikah Nooryana Najwa Daniyar Kessikbayev

Majlis Akad Nikah Nooryana Najwa Daniyar Kessikbayev

Majlis Akad Nikah Nooryana Najwa Daniyar Kessikbayev. Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Nooryana Najwa selamat dinikahkan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev dalam satu majlis yang diadakan di Seri Perdana.

Majlis akad nikah disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri dengan Daniyar Kessikbayev melafazkannya dalam bahasa melayu.

Majlis akad nikah anak najib razak

Antara yang hadir adalah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet juga hadir.

Kedua-dua pasangan pengantin mula berkenalan semasa sama-sama menuntut dia Amerika Syarikat. Dalam majlis yang bermula pada jam 9 malam itu , upacara membatalkan wudhu’, menyarung cincin dan Upacara merenjis pasangan mempelai turut diadakan.

sumber Astro Awani / gambar Bernama

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *