Breaking News
Home » Santai » Mahu Tunggu Apa Lagi

Mahu Tunggu Apa Lagi

Mahu Tunggu Apa Lagi  – “Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit.?” (Surah at-Taubah, ayat 38).

Sepanjang kehidupan kita , seharusnya kita menjalani pembelajaran untuk memperbaiki diri. Dari yang buruk kepada yang lebih baik. Kegagalan dan kesilapan harus dijadikan sebagai pengajaran yang paling berguna. Ada peluang untuk berubah , berubahlah. Jangan tunggu hingga disaat akhir kerana kesempatan itu belum tentu milik kita. Sebab saat itu tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat pun. Sampai masa , kembalilah kita kepadaNya.

Berubah Kearah Lebih BaikTak kira siapa pun sama ada tinggi rendah pangkatnya, kaya miskin hartanya pasti tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Kerana kita hanya manusia, bagaimana pun mestilah sentiasa sedar akan kesalahan itu. Kalau perkara sama yang diulang-ulang itu dah sengaja namanya. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya. 

Mari kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah berapa banyak perubahan itu dicapai, asalkan perkara itu dilakukan secara berterusan. Islam menganjurkan agar mengamalkan sikap istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan. Insyaallah..


ingatan buat diri sendiri juga 🙂

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. blog ni nk mengganeh balik ni cabuttttt

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *