Breaking News
Home » Info Hiburan » Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Akhir

Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Akhir

Lima peserta bakal berentap dalam Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Akhir yang dijadualkan pada 6 Februari 2015. Lima peserta yang bakal bertanding adalah Sepahtu, Bocey, Zero, Shiro dan Nabil.

Dalam saingan minggu 12 yang merupakan minggu separuh akhir, kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan, Tauke dan Yus gagal membuat persembahan terbaik mereka sehingga tersingkir dan terlepas ke peringkat akhir MLM 2014.

Pada peringkat separuh akhir semua peserta membuat dua persembahan dengan dua tema iaitu prop dan loghat. Mengikut pandangan juri profesional yang mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Jalaluddin Haasan, Farah Queen, Taufiq Batisha dan Nur Fazura semua peserta menunjukkan persembahan yang baik namun persembahan hambar Virus pada malam itu memaksa mereka meninggalkan MLM 2014.

Buat peminat dan penyokong peserta yang telah layak ke peringkat akhir, jangan lupa peringkat akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Februari 2015.

Maharaja Lawak Mega 2014 MLM Virus
Kumpulan Virus gagal layak ke Final Maharaja Lawak Mega MLM 2014

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *