Breaking News
Home » Uncategorized » Macam Gigit Semut Je .. Ingat Tak Sakit Ke Kena Sembelih ?

Macam Gigit Semut Je .. Ingat Tak Sakit Ke Kena Sembelih ?

“adik rilek ler..bukan sakit pun..macam gigit semut je..” kata semangat yang sering terucap bila tiba saat nak kena sembelih..haha..biasalah bebudak lelaki dah sampai masa mesti kena..dari zaman tok mudim yang duduk atas batang pisang sampai ke zaman moden yang kat klinik jer..tapi aku rasa zaman sekarang dah tak ada rasa sangat pun..sebab dah kena bius..dulu..amik kau..dengar sot..sett..sott..sett..bunyi tok mudim asah pisau..pehh..rasa nak lompat je lari..tapi sebabkan nak jaga kejantanan kena buat selamba je walaupun simbol kejantanan dan nak kena sembelih..

Itu kalau bab yang beri semangat..ada pula yang suka takut takutkan pula tu..

“ayam sembelih tak putus pun mati..ni kan pulak kalau putus..”

Cehh..bila fikir macam betul gak..biasalah zaman bebudak..mana leh nak fikir logik ke tak lebih lebih lagi bila tengah dalam masa kecemasan macam tu.Tapi kalau sekarang orang dah boleh tangkap dah..ayam tu potong leher beb..

Lepas selesai ada lagi yang cakap tu ..

” haa.. lepas ni baru boleh ada makwe ..” sebab zaman dulu mana ada orang guna perkataan awek..ooo baru tahu kalau nak ada makwe kena khatan dulu eh..tapi satu-satunya penawar duka lara masa khatan adalah..dapat duit..dapat BE…duit terkumpul bawah bantal..sikit..sikit lama-lama banyak..tapi yang paling sakit hati tu..kalau nak duit mesti nak tengok..cehh ampeh..( orang lelaki je laa )..tapi masa bebudak..no hal laa..kalau sekarang memang terbang kena tendang..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. Bro,mohon jasa baik mnukarkan link blog sy kat bloglist tu ke http://www.duniarealiti.com k..makaseh bro Kiz..

  2. hehehe betol2.. sakit tak sakit tak? wakaka :p sekarang dah canggih khatan kat hospital pakai bius. tak la rasa sgt. jarang la jijah dengar budak pas khatan masuk wad. wakaka 😛

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *