Breaking News
Home » Santai » Lunch Hours Tukar Menu Dengan Laksa

Lunch Hours Tukar Menu Dengan Laksa

Menu Untuk Lunch Hours , Laksa , Resepi Laksa. Hari nak makan luar laa.. nak tukar selera.. haha. Makan luar untuk lunch laa,bukan makan luar yang lain tu..eee. Melepak port biasa.. skodeng lauk lauk yang ada..adeh..lauk memang best tapi selera lak tak berapa nak best..

Tak jadi makan nasi, apa nak makan ni? keroncong ni dah tukar jadi remix rock dan dangdut. Akhirnya order saja laksa.. tak kisahlah.. janji selera dah terbuka. Nah sekali sedaplah pula…  habis 2 mangkuk.. haha..l ayan je.. apa menu lunch hari ni?

Resepi Laksa
MENU LUNCH HOUR LAKSA

Alang-alang dah makan laksa share sikit resepi laksa yang saya skodeng sekitar alam maya ni. Jom buat laksa dan saya memang peminat tegar laksa.

RESEPI LAKSA 

Bahan Bahan

  • 1 Bungkus Laksa
  • 1 kg/ 6-7 ekor Ikan kembung/Ikan Sardin atau Ikan Selayang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
  • 2-3 keping asam keping
  • 2 bunga kantan – dibelah 4
  • 1 ikat daun Kesum
  • Air Rebusan Ikan / Air
  • Garam
  • Penambah Perisa

CARA-CARA BUAT LAKSA

– Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur.
–  Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu.
– Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya.
– Kisar bawang besar, belacan dan cili kering/cili kisar bersama air rebusan ikan tadi.
– Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
– Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi.
– Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.
– Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan.
Siap sudah laksa.. apa lagi jom serang.. selamat mencuba resepi laksa yang dikongsikan.

Check Also

Resepi aiskrim pasu bunga

Resepi Aiskrim Pasu Bunga

Resepi Aiskrim Pasu Bunga. Kalau ikut pada nama, pasti ramai yang akan bayangkan bentuk icecream …

9 comments

  1. sedapnya..mintak sikit boleh?

  2. he he . dyan pon kadang lunch dengan laksa layannn 😀

  3. kdg2 keluar lunch jemu nak cari nasi…

  4. perh! smpi dua mangkuk belasah laksa…mmg hebat…hahaha

  5. ape tu ? laksa ke ? kalau 2 mangkuk memang gagah tu 😀

  6. ROSMARIEZA BINTI ROFIEE

    apew tu? laksa kew? huwaa! baru terigt nak suh mak buatkan laksa! laksa mak ros sedappp!:P

  7. perghhhh…laksa beb…cair3…ehhehe

  8. hehe, lame tak makan laksa. 😛

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *