Breaking News
Home » Resepi » Lunch Hours Rendang Ayam Campur Maman

Lunch Hours Rendang Ayam Campur Maman

Selamat tengahari semua. Time lunch dah habis kot. Hari ni lunch Hours kita layan Rendang Ayam Campur Maman. Ada yang suka? tengok je la eh gambar tu. Nak bagi rasa tak dapat sebab jauh. Ini hasil air tangan wife dan mak mertua aku. Biasalah N9 punya rendang kalau tak pedas mana sah. Campur lak maman. Memang terangkat beb.

Hari ni lepas makan aku pekena cendol.. haha.. santan bertemu santan.. mata pun rasa dah redup je ni.. tengah layan mengantuk..layan je..

Rendang Ayam Maman

ni aku nak kongsi resepi rendang ayam daun maman ni. Citarasa orang Negeri Sembilan. Kalau nak cubalah eh..

1 ekor ayam kampung ( ikut sukalah..separuh ke..suku ke sereban ke )
2 cekak pucuk maman ( wajib ada ni..kalau tak kenal pi tanya orang )
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup ( jgn guna kunyit serbuk segera..rasa dia tak best nanti )
5 batang serai
3 biji kelapa
30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Sedikit kerisik

Semua bahan dah ada dan di siapkan..jom kita ke dapur pula..

Ayam dipotong dan dibersihkan.(takkan nak masak ayam yg kotorkan)

Cili padi, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus.

Gaulkan dengan ayam dan masukkan dalam kuali.
Biarkan di atas api hingga daging ayam kecut dan kering airnya.
Masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak.
Kemudian tambahkan pucuk maman, asam gelugur dan gaul rata.
Masukkan kerisik dan biarkan kering di atas api, sentiasa dikacau supaya tidak hangit

siap sudah..lepas tu hidang..dah tu tunggu apa lagi..makanlah..hahaha..

Check Also

Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah. Pengemar ayam pasti mempunyai pilihan sendiri dalam menyediakan hidangan mereka. Berbagai …

9 comments

  1. sedap…tp saya x pandai mkn maman.kalau mertua masak.sure saya tak bertambah hari tu.sedangkan anak2 dia mkn bertambah2.saya?minum air hilangkan pahit dan tggu je lah org lain habis mkn..huk3

  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim) ruginya tak makan maman kak miza..hehe

  3. huhu…tbe2 ingat kat umah…
    dah la maman mahal..hakhak..sedap2..

  4. Salam…ish3..lapar balik dah nih. Cuma satu jer..aku tak tau lak pucuk maman tu ape nyer..tapi kalau Maman Teacher’s Pet tu tau lah…hehehe

  5. sodapnya!!!!! nk sket!!!!!!!

  6. @Abang Long ahaks..maman daun dia yang macam maman tu..erk..tul laa tu

  7. dah lama tak makan……huwaaaa….
    dulu arwah tok selalu masak…

    kg mina kat jempol….rindunya…
    rendang tu…pos ckit…hehehe…

  8. saya suka jeruk maman..tapi masak macam ni tak pernah jumpa..

  9. erk. nak tanya, maman tu ape? hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *