Home » Info Sukan » LTDL 2012 Bakal Saksikan Saingan 14 Pelumba Tempatan

LTDL 2012 Bakal Saksikan Saingan 14 Pelumba Tempatan

LTDL 2012 | Senarai Peserta Malaysia – 14 orang anak tempatan bakal memberi saingan kepada dalam LTDL 2012 kali ini.Antara yang menjadi tumpuan pasti bekas juara pecut 2012 iaitu Anuar Manan yang akan bersama pasukan pro benua,Champion System.Anuar Manan dijangka mampu untuk memberi saingan kepada pelumba pilihan dan raja pecut tahun lalu iaitu Andrea Guardini.
Lain-lain pelumba Malaysia yang bakal menghangatkan saingan adalah Mohamad Adiq Husainie Othman yang juga satu pasukan bersama Anuar Manan.Manakala Loh Sea Keong pula bakal membuat kemunculan sulung bersama pasukan OCBC Singapura dan Ng Yong Li untuk pasukan Azad University Cross Team.
Terengganu Cycling Team (TSG)yang menyertai LTDL buat kali kedua bakal mempertaruhkan bakat anak tempatan Terengganu yang terdiri daripada Mohd.Harrif Salleh,Zamri Salleh,Mohd. Shahrul Mat Amin dan Mohammad Saufi Mat Senan.Pasukan kebangsaan Malaysia juga pasti ingin membuat sesuatu dan bakal menyandarkan harapan pada Suhardi Hassan, Ahmad Fallanie Ali, Amir Mustafa Rusli, Mohd. Nur Rizuan Zainal, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *