Home » Info Sukan » Lokasi Layar Besar JDT vs FC Istiklol

Lokasi Layar Besar JDT vs FC Istiklol

Lokasi Layar Besar JDT vs FC Istiklol. Selain siaran langsung di televisyen, anda juga boleh merasai suasana berbeza aksi final Piala AFC 2015 dengan tayangan layar besar atau big screen di lokasi tertentu pada 31 Oktober 2015 ini.

Layar besar big screen JDT vs FC Istiklol
Layar besar big screen JDT vs FC Istiklol

Menurut laman facebook JOHOR Southern Tigers yang merupakan laman facebook rasmi JDT, satu tayangan layar besar akan dibuat di Dataran Bandaraya, Johor Bahru sempena perlawanan akhir AFC Cup 2015. Pelbagai acara dan aktiviti menarik bermula jam 10.00 pagi akan diadakan sebelum bermulanya siaran langsung. Turut akan diadakan adalah booth jualan barangan rasmi JDT dan juga Boys Of Straits. Tayangan ini dianjurkan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Southern Tigers Sdn Bhd. Jadi warga Johor jangan ketinggalan.

lokasi big screen final piala AFC 2015
lokasi big screen final piala AFC 2015

Selain itu tayangan big screen juga akan diadakan di bebarapa daerah di Johor dan Kuala Lumpur pada hari perlawanan ini. Menurut sumber page BangsaJohor tayangan big screen akan diadakan dilokasi berikut.

  1. Dataran Bandaraya JB
  2. Restoren Cyusriah, Taman Utama Pekan Nanas
  3. Dataran Panggaram Batu Pahat
  4. Dataran Tasik Kluang
  5. Dataran Tanjung Emas, Muar
  6. Dataran Aqabah Pusat Bandar, Pasir Gudang
  7. Dataran Segamat
  8. Southern Tigers Hub, Sanggar Kota Tinggi
  9. Southern Tigers Hub, Bandar Putra Kulai
  10. Dataran Labis
  11. Dataran Jalur Gemilang, Yong Peng
  12. Plaza Angsana JB
  13. Restoran Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara
  14. JEONSA Centre Kg Baru , Kuala Lumpur

Kepada yang tidak berkesempatan ke lokasi tayangan big screen diatas pastikan anda berada didepan TV kerana siaran langsung JDT vs FC Istiklol akan disiarkan menerusi Tv9 bermula jam 7.30 malam.

**segala maklumat berkaitan tayangan big screen adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui laman facebook dibawah, infosemasa sekadar mempromosikan acara dan tidak terlibat secara langsung. Harap maklum.**

Check Also

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Hari ini 19.4.2017 akan berlangsung dua perlawanan bolasepak Piala AFC yang melibatkan wakil Malaysia. JDT …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *