Breaking News
Home » Teknologi » Logo Baru DIGI

Logo Baru DIGI

Logo Baru DIGI. Syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia ,DIGI atau Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah pun memperkenalkan logo terbaru syarikat itu.

Logo baharu DIGI akan menjadi satu identiti menjanjikan inspirasi digital kepada pelanggan dan komited dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Selain logo baru, DIGI juga bakal hadir dengan beberapa perubahan visi syarikat dalam usaha untuk memberikan nilai yang baik kepada pelanggan mereka.

Logo Baru DIGI
Logo baru DIGI masih mengekalkan warna kuning dan ditambah dengan logo telenor bagi melambangkan penggabungan bersama peneraju syarikat telekomunikasi dunia.

Pihak Digi bakal menjanjikan harga yang berpatutan, rangkaian data yang laju, pengalaman pelanggan yang lebih baik dan membawakan kandungan terkini kepada pelanggan. Digi kini mempunyai 11.3 juta pelanggan dan 75 peratus daripada adalah pelanggan pra bayar.

Dengan penjenamaan baru #digiLetsInspire, pihak Digi dijangka akan hadir dengan pelbagai penawaran baru dalam bulan-bulan akan datang dalam usaha untuk terus mengekalkan pelanggan mereka, selain turut menambah bilangan pelanggan baru dibawah talian mereka.

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *