Breaking News
Home » Info Hiburan » Liyana Zahim Bakal Rindu 200% Lagi

Liyana Zahim Bakal Rindu 200% Lagi

Liyana Zahim Bakal Rindu 200% Lagi. Kenal Liyana Zahim? atau anda cuma kenal pelakon dan drama Rindu Awak 200% sahaja. Rasanya ramai yang sudah kenal dengan blogger dan penulis novel berbakat besar ini. Setelah drama Rindu awak 200% menjadi fenomena dan sekaligus mengangkat nama Zul Ariffin dan Ayda Jebat , pasti penulis novel asal drama adaptasi ini juga mendapat tempias. Drama ini juga membolot empat anugerah dalam Drama Festival Kuala Lumpur ( DFKL ).

Liyana Zahim
Liyana Zahim bersama hero dan heroin drama Rindu Awak 200% Zul Ariffin dan Ayda Jebat

MySensasi sempat berbual dengan penulis novel Rindu Awak 200% dan bertanya beberapa soalan dengan beliau. Ok jom layan beberapa soalan yang sempat diajukan .. Ada sesuatu yang istimewa buat peminat drama ini..jom skodeng

MySensasi : Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan rindu awak 200% ?

Liyana :  rindu awak 200% tu maksudnya rindu melebihi norma biasa.. Its like rindu tersangat-sangat rindu.. Belah hati pun tak guna la.. Hahaa.. Tajuk tu suami yang bagi sebenarnya..

MySensasi : Pandangan liyana tentang drama adaptasi dari novel yang menjadi trend sekarang?

Liyana : Sebenarnya negara luar dah banyak adaptasi novel ke drama atau filem.. Kat malaysia baru jadi trend beberapa tahun ni.. Bukan sebab producer dan penulis skrip tak ada idea tapi cuma mencari alternatif untuk kerjasama yang lebih segar dengan idea yang segar dengan penulis novel.. Sebab basically penulis novel dengan penulis skrip idea penulisan memang banyak beza

MySensasi : Siapa yang menjadi pendorong dalam berkarya dan apakah cabaran yang paling sukar dalam menyiapkan sebuah novel?

Liyana : Pendorong utama suami, family dengan kawan2.. Cabaran dia bila kita kena tulis something logik dengan fakta kena careful sangat-sangat takut menyentuh sensitiviti masyarakat.. Dan perlu sentiasa lihat penulisan dari sudut seorang pembaca.. Pembaca akan suka tak kalau tulis macam ni dan sebagainya..

MySensasi : Perkembangan terkini Liyana ?

Liyana : Sedang struggle tahap petala langit ke 7 nak siapkan novel ke 5 dan baru siapkan konsep rindu awak 200% Raya

Jadi Liyana Zahim bakal kembali merindu tahap 200% pada hari raya nanti jika tiada aral melintang. Rindu awak 200% Raya bakal ditayangkan pada hari raya nanti. Pasti semua peminat tidak sabar menanti.

Liyana kini sedang menyiapkan konsep jalan cerita untuk telemovie edisi raya ini. Menurut Liyana sendiri, barisan pelakon untuk edisi raya kekal seperti drama Rindu Awak 200% sebelum ini. Jadi peminat abang sado Zul Ariffin dan heroin cute Ayda Jebat nantikan kemunculan mereka.

Telemovie Rindu Awak 200% Raya berdurasi 2 jam bakal memulakan pengambaran bulan mei ini..

Dapatkan perkembangan terkini menerusi page Fb beliau di Liyana Zahim

liyana Zahim dan Nieza Nahar
liyana Zahim dan Nieza Nahar penulis skrip Rindu Awak 200%

sumber gambar dari Facebook Liyana Zahim ( dengan izin )

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *