Breaking News
Home » Info Sukan » Liverpool vs Manchester United

Liverpool vs Manchester United

Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015. Aksi antara dua kelab elit Liga Perdana Inggeris EPL yang memang dinantikan oleh peminat bolasepak di Malaysia. Memang tidak dinafikan kedua-dua kelab memang mempunyai pengikut yang ramai disini.

liverpool vs man utd
liverpool vs man utd

Apa yang menarik mengenai pertemuan Liverpool dan Man Utd hari ini?

1. Liverpool ingin menebus kembali kekalahan di Old Traford pada saingan liga yang berlangsung pada disember 2014.

2. Kedua-dua kelab perlu menang untuk memastikan mereka kekal atau berada pada kedudukan empat terbaik. Man Utd kini berada pada kedudukan keempat liga manakala Liverpool berada pada tangga ke lima. Beza cuma dua mata.

3. Perebutan slot ke Liga Juara-Juara semenangnya menjadi keutamaan kelab Inggeris dimana empat pasukan teratas akan layak bersaing musim depan.

Andai Man Utd berjaya menewaskan Liverpool di Anfield, ini akan menamatkan rekod tanpa kalah anak buah Brendan Rodgers sejak Disember lalu, di mana United adalah pasukan terakhir menewaskan Liverpool dalam EPL. Kekalahan juga bakal menyaksikan peluang Liverpool bermain dalam Liga Juara-Juara semakin tipis.

Apa jua keputusan malam ini kecuali seri , pasti akan merubah kedudukan dan nasib kedua pasukan. Saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Fox Sport saluran 812 Astro pada jam 9.25 malam ini.

LIVE: Football – Barclays Premier League 2014/15: Liverpool vs Manchester United, Anfield, Liverpool, England. Fox Sport CH 812 Astro. 21.25 pm

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *