Breaking News
Home » Info Sukan » Liverpool FC TV Di TV9

Liverpool FC TV Di TV9

Berita baik buat kaki bolasepak mahu pun kaki sorak pasukan Liverpool FC. Kini anda boleh mengikuti perkembangan terkini pasukan You Never Walk Alone ni melalui siaran televisyen di Malaysia. Liverpool FC TV bakal disiarkan selama 3 jam di rangkaian milik Media Prima , Tv9.

Siaran Liverpool FC TV ( LFCTV ) boleh ditonton bermula 2 januari 2015 jam 9.30 pm sehingga 12.30 am. Liverpool TV bakal membawakan info terkini Liverpool bersama pengurus Brendan Rodgers dan lain-lain berita berkaitan Liverpool seperti pengumuman pemain baru atau perkongsian semasa latihan akan disiarkan. Siaran ulangan juga boleh ditonton di www.tonton.com.my

Liverpool TV akan turut menyiarkan siaran ulangan perlawanan terbaru Liverpool di Liga Perdana Barclays (BPL), Piala FA Inggeris (FA Cup), Piala Liga Capital One (Capital One Cup), dan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) juga akan dimainkan beserta ulasan asalnya untuk semua peminat kelab itu.

Liverpool FC TV
Liverpool FC TV di TV9

Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *