Breaking News
Home » Info Sukan » Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017

Hari ini 19.4.2017 akan berlangsung dua perlawanan bolasepak Piala AFC yang melibatkan wakil Malaysia. JDT akan bertandang ke halaman lawan di Cambodia manakala Felda United akan menanti kehadiran Tampines Rovers di Stadium Tun Abdul Razak Jengka. Pasti ramai yang tertanya-tanya akan Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017.

Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017
Piala AFC 19 April 2017

Live Streaming Siaran Langsung Boeung Ket Angkor vs JDT

Perlawanan akan berlangsung di Cambodia Olympic Stadium. Ini merupakan perlawanan kelima kedua pasukan dalam kumpulan F. Perlawanan pertama kedua pasukan di Stadium Larkin pada 21.2.2017 berkesudahan JDT menang keatas Beoungket Angkor dengan keputusan 3-0. Mampukah keputusan ini berulang.

Carta terkini kumpulan F Piala AFC 2017 zon Asia Tenggara menyaksikan JDT kini ditangga kedua dengan 7 mata, dua mata dibawah pendahulu kumpulan Global FC manakala Beoungket Angkor hanya 4 mata di tangga ketiga.

Siaran langsung perlawanan ini akan disiarakan menerusi saluran Fox Sports 818 / 812 / 832 pada jam 7 malam.Untuk live streaming akan dikemaskini jika ada.

Live Streaming Siaran Langsung Felda United vs Tampines Rovers

Aksi sulung di stadium sendiri buat Felda United dalam Piala AFC 2017 setelah dua perlawanan awal diadakan di Stadium Shah Alam. Stadium Tun Abdul Razak telah diluluskan oleh AFC sebagai venue home perlawanan hari ini. Ini sudah pasti mampu menyuntik semangat baru buat pemain.

Dalam pertemuan pertama di Stadium Jalan Besar, Felda United tewas 2-1 dan perlawanan hari ini harus dijadikan medan untuk membenam lawan sama apa lagi sekurang-kurangnya mencipta kemenangan pertama di STAR Jengka. Felda United kini ditangga kedua berkongsi mata dengan Ceres Negros manakala Tampines Rovers di tangga terbawah kumpulan.

Siaran langsung hanya akan disiarkan menerusi Fox Sports 818 / 812 / 832 pada jam 8.45 malam. Untuk live streaming akan dikemaskini kemudian jika ada.

Keputusan Perlawanan

Apa yang diharapkan adalah kemenangan dicapai oleh kedua pasukan dalam usaha untuk layak ke pusingan seterusnya. Untuk musim ini format Piala AFC sudah berbeza dengan pembahagian zon. Untuk zon asia tenggara yang mempunyai 3 kumpulan menyaksikan hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir zon manakala satu lagi ditentukan oleh naib juara kumpulan terbaik dari tiga kumpulan yang ada.

Dibawah adalah keputusan perlawanan Piala AFC 19 April 2017
Boeung Ket Angkor vs JDT [ 0-3 ] Felda United vs Tampines Rovers [ 1-3 ]

Tonton Live Streaming Siaran Langsung Piala AFC 19 April 2017 dan berikanlah sokongan kepada wakil Malaysia. Kepada yang berkesempatan datanglah ke stadium terutama kepada mereka yang berada sekitar Jengka Pahang.

Check Also

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon 13 June 2017

Perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan sudah pasti pertemuan Malaysia menentang Lebanon ( Lubnan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *