Breaking News
Home » Info Sukan » Live Streaming Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah

Live Streaming Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah

Siaran langsung Live Streaming Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah. Aksi Liga Malaysia dibuka hari ini 20 Januari 2017 dengan aksi pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah. Perlawanan ini juga merupakan aksi pertama Liga Super 2017 untuk kedua-dua pasukan.

Perlawanan sulung Liga Super ini pasti menjadi tumpuan peminat bolasepak Malaysia kerana bakal menemukan juara liga super 2016 iaitu JDT dengan juara Piala Malaysia 2016 Kedah. Pasti ramai yang mengharapkan perlawanan Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah ini disiarkan secara langsung dan live streaming.

Live Streaming Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah
Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah

Semua sedia maklum penyiar rasmi saingan Liga Malaysia yang melibatkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah Media Prima. Nampaknya tahun ini hanya TV3 dan TV9 yang akan menyiarkan perlawanan terpilih. Memang terhad dan tidak mungkin menyeluruh tetapi hanya ini yang ada.

PIALA SUMBANGSIH 2017 JDT vs KEDAH

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali Stadium Larkin akan menjadi venue perlawanan kerana ini turut dikira sebagai perlawanan Liga Super 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam. Bagi yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket atau jauh boleh menyaksikan perlawanan JDT vs Kedah secara live streaming atau siaran langsung di televisyen.

Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah dua tahun berturut-turut. Mampukah Kedah merampas kejuaraan ini atau Johor Darul Ta`zim akan mencipta rekod baharu lagi. Perlawanan yang wajib anda saksikan.

SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING JDT vs KEDAH

Perlawanan boleh ditonton secara langsung bermula jam 8.30 malam menerusi siaran Media Prima TV3 dan boleh ditonton secara live streaming HD di portal tonton.com.my. Link atau pautan lain akan dikemaskini jika ada.

KEPUTUSAN PIALA SUMBANGSIH

Pasukan manakah yang akan muncul juara Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada malam ini. Perlawanan sudah tentu menarik kerana pungutan mata Liga Super juga akan diambil kira. keputusan perlawanan adalah seperti dibawah.

Keputusan penuh perlawanan
JDT [ 1 ] – [ 0 ] Kedah
( semasa )

Perlawanan secara langsung di TV3 dan live streaming di tonton.com.my . Selamat menonton Live Streaming Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah.

Check Also

Siaran langsung Liga Super 15 julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017

Siaran Langsung Liga Super 15 Julai 2017. Enam lagi perlawanan Liga Super berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *