Breaking News
Home » Info Sukan » Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh penyokong bolasepak Malaysia. Perlawanan akhir atau penentuan pingat emas acara bolasepak Sukan SEA 2017. Perebutan pingat yang dikatakan sebagai ibu segala pingat dalam mana-mana temasya sukan serantau.

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017
Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017 perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2017

Skuad bawah 22 tahun Malaysia bimbingan Dato Ong Kim Swee akan turun selaku juara kumpulan A dan selaku tuan rumah. Thailand yang juga merupakan kuasa bolasepak rantau Asia Tenggara adalah lawan yang sukar ditumbangkan dengan reputasi juara kumpulan B.

Pada aksi separuh akhir, Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan yang penuh dramatik begitu juga dengan Thailand yang terpaksa menunggu penghujung perlawanan untuk mendapatkan gol kemenangan ketika berdepan Myanmar.

Live Streaming Malaysia vs Thailand

Perlawanan ini sudah pasti akan disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan dan luar negara. Tetapi tumpuan sudah pasti menonton secara langsung di Stadium Shah Alam pada malam ini. Memandangkan tiket yang terhad sudah pasti pilihan yang ada adalah menonton siaran langsung atau live streaming.

Bagi yang tidak berkesempatan menonton di televisyen, anda boleh menonton secara atas talian atau live streaming menerusi live youtue yang dikongsikan dibawah.

PERLAWANAN MALAYSIA vs THAILAND bermula pada jam 8.45 malam.

WATCH STREAMING HERE/ TONTON STREAMING DI VIDEO DIBAWAH👇👇

Besar harapan agar pasukan Malaysia mampu memberikan tentangan bermakna dan mampu mengatasi Thailand. Pingat emas bolasepak yang sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

KEPUTUSAN
MALAYSIA [ 0 ] [ 0 ] THAILAND

SEJARAH FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA ERA MODEN
Mengikut tradisi selepas perlawanan bolasepak Sukan SEA hanya melibatkan pasukan bawah 23 tahun, Thailand telah memenangi pingat emas sebanyak 6 kali pada tahun 2001, 2003, 2005, 2007, 2013 dan 2015. Jadi Thailand hadir dalam perlawanan akhir ini selaku juara bertahan pingat emas edisi 2015 yang berlangsung di Singapore. Bagi pasukan Malaysia bawah 23 pula, pernah menang pingat emas sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan 2011.

Adakah pasukan Malaysia kali ini akan mampu mencipta kejutan keatas pasukan pilihan Thailand atau kita akan berputih mata dihalaman sendiri. Saksikan live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017 pada malam ini.

Siaran atau video live streaming adalah milik channel rasmi penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017. Acara bolasepak sememangnya akan menjadi tumpuan dalam mana-mana temasya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *