Breaking News
Home » Info Sukan » Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017. Acara bolasepak sememangnya akan menjadi tumpuan dalam mana-mana temasya sukan. Begitu juga dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Bola dikatakan pingat dalam acara bolasepak sangat bernilai berbanding acara lain.

Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017
Siaran Langsung dan Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017 Separuh akhir bolasepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Acara bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur kini memasuki peringkat separuh akhir. Salah satu perlawanan yang dinantikan adalah pertemuan seteru utama Malaysia vs Indonesia. Selaku juara kumpulan, skuad bawah 22 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal berdepan naib juara kumpulan B, Indonesia.

Dengan beberapa isu luar padang yang tercetus membabitkan Indonesia sebelum ini, sudah pasti perlawanan ini akan menjadi sesuatu yang harus dipandang serius terutama membabitkan keselamatan. Namun diharap tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Prestasi kedua pasukan akan menjadi penentu diatas padang.

Perlawanan Malaysia vs Indonesia ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam. Dengan kapasiti tempat duduk 80 ribu, sudah pasti malam ini akan menyaksikan stadium akan penuh sesak. Dikhabarkan awal-awal lagi tiket telah habis dijual.

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Indonesia 26.8.2017

Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium Shah Alam atau berada diluar rumah anda boleh menonton live streaming Malaysia vs Indonesia ini menerusi atas talian, sama ada dengan smartphone atau laptop anda. Siaran langsung juga akan disiarkan menerusi kaca televisyen menerusi Media Prima, Astro dan banyak lagi. Untuk tonton live streaming terus sahaja ke pautan dibawah.

LIVE STREAMING MALAYSIA vs INDONESIA 26 Ogos 2017 ( klik untuk tonton )

Apa pun semoga kejayaan memihak kepada pasukan Malaysia bawah 22 tahun dan seterusnya layak ke perlawanan akhir dalam misi memburu pingat emas acara bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Untuk rekod, pasukan Malaysia berjaya menewaskan Indinesia dalam saingan Kelayakan Kejohanan AFC bawah 22 di Bangkok bulan lalu dengan keputusan 3-0. Namun aksi malam ini adalah sesuatu yang berbeza.

Anda juga boleh menonton secara langsung menerusi video streaming Youtube dibawah.

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR SUKAN SEA 2017
Separuh Akhir 1 Stadium MP Selayang 4.45 petang
Thailand vs Myanmar [ 1-0 ]

Separuh Akhir 2 Stadium Shah Alam
Malaysia vs Indonesia [ 1-0 ]

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh penyokong bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *