Home » Info Sukan » Live Streaming JDT vs Felda United 27 Januari 2017

Live Streaming JDT vs Felda United 27 Januari 2017

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Felda United 27 Januari 2017. Sudah pastinya ini adalah perlawanan Liga Super tumpuan. Rasa ralat jika tidak disiarkan secara langsung. Dua pasukan yang menyerlah pada musim lalu. Adakah akan terjadi lagi pada Liga Super 2017?

JDT adalah juara bertahan Liga Super untuk tiga musim berturut-turut sudah pasti mahu mencipta kemenangan selepas perlawanan pertama dihalaman sendiri hanya berkesudahan dengan keputusan seri. Dengan kehadiran ramai pemain muda berbakat dan jurulatih baru, pasti corak permainan JDT akan berubah pada musim ini.

Felda United FC adalah antara kelab yang semakin menunjukkan kematangan. Sudah mula mengorak langkah untuk membuktikan kehadiran mereka dalam saingan liga super bukan sekadar pelengkap. Menduduki tangga kedua musim lalu dan seterusnya layak ke Piala AFC menjadikan pasukan Felda United harus digeruni.

Live Streaming JDT vs Felda United
Perlawanan Liga Super Malaysia, Johor menentang Felda United. Jumaat 27 januari 8.30 malam, Secara langsung di TV3 dan Live Streaming di Tonton serta Pra-Perancangan bermula jam 8.00 malam di Tonton

SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING JDT vs FELDA UNITED
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Media Prima TV3 bermula jam 8.30 malam untuk pra perlawanan dengan aksi dipadang akan bermula pada 9 malam. Perlawanan JDT vs Felda United juga boleh diikuti secara live streaming di portal tonton.com.my secara HD.

KEPUTUSAN JDT vs FELDA UNITED

JDT mencari kemenangan pertama dalam Liga Super 2017 selepas sekadar seri menentang Kedah dalam aksi pertama di Larkin. Felda United pula telah mencipta kemenangan pertama di Jengka ketika menentang PKNS FC. Jadi perlawanan kedua-dua pasukan dijangka menarik untuk disaksikan.

KEPUTUSAN
JDT [ 3 ] – [ 1 ] FELDA UNITED
( fulltime )

Jadi kepada anda yang tidak berkesempatan ke Stadium Larkin, pastikan anda menonton siaran langsung Liga Super JDT vs Felda United di TV3 atau secara live streaming di portal tonton. Link streaming lain akan dikongsi jika ada.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh penyokong bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *