Breaking News
Home » Info Sukan » Live Score Pahang vs JDT 2.3.2015

Live Score Pahang vs JDT 2.3.2015

Live Score Pahang vs JDT 2.3.2015. Satu lagi slot ke peringkat seterusnya Piala FA 2015 bakal ditentukan dalam pertemuan Pahang vs JDT di Kuantan. Pasukan manakah yang akan layak? Mampukah Pahang selaku juara bertahan mara atau The Southern Tigers bakal membaham Tok Gajah?

Perlawanan ini sememangnya menjadi tumpuan atas sejarah tersendiri dan ini juga merupakan peluang terbaik Pahang membalas kembali kekalahan ketika perlawanan Piala Sumbangsih lalu. Diatas kertas mengikut pretasi semasa peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Apa yang pasti, prestasi ketika diatas padang bakal menjadi penentu.

Tiada siaran langsung? Tiada live streaming? Jangan risau, perkembangan jaringan dan keputusan semasa dan terkini Pahang vs JDT akan dikemaskini disini.

Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam.

KEPUTUSAN SEMASA

PAHANG 1 ( Conti – m20 )  vs  JDT 1 ( Haris Harun – m80 )

[ UPDATE ]

-Pahang mendahului Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 selepas tamat separuh masa pertama, pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur. Gol tuan rumah dijaringkan oleh Matias Conti pada minit ke-20.

-JDT menyamakan kedudukan menerusi Harris Harun pada minit ke 80 separuh masa kedua.

-Tamat masa sebenar permainan 90 minit. Perlawanan kini memasuki masa tambahan 30 minit.

– Tiada sebarang jaringan selepas tamat 30 minit masa tambahan.. penalti

– Pahang menang sepakan penalti 4-2

Keputusan penuh Pahang vs JDT disini

Piala FA 2015
Piala FA 2015

Check Also

Keputusan Liga Perdana 2015

Keputusan Liga Perdana 3 Julai 2015

Keputusan Liga Perdana 3 Julai 2015. Lima perlawanan Liga Perdana berlangsung hari ini dengan perlawanan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *