Breaking News
Home » Info Sukan » Live Score Keputusan South China vs Pahang

Live Score Keputusan South China vs Pahang

Live Score Keputusan South China vs Pahang 15 April 2015. Malam ini Pahang bakal berdepan perlawanan penting kumpulan G Piala AFC atau AFC Cup 2015. Berdepan South China di halaman lawan bukan tugas mudah. Untuk rekod juga, Pahang tewas 0-1 ketika pertemuan di Kuantan bulan lalu.

Tiada siaran langsung atau streaming di rangkaian tv perdana negara kita. Namun MySensasi akan memberikan keputusan  terkini dari masa ke semasa keputusan jaringan perlawanan Pahang vs South China yang dijualkan bermula jam 8.00 malam waktu Malaysia.

South China kini mendahului kumpulan G dengan sembilan mata manakala Pahang ditangga kedua dengan empat mata. Pahang perlu menang untuk memastikan laluan mudah kerana masih ada dua lagi perlawanan peringkat kumpulan menanti.

South China vs Pahang Piala AFC 15 April 2015
South China vs Pahang Piala AFC 15 April 2015

KEPUTUSAN PERLAWANAN

SOUTH CHINA 3   PAHANG 1

Update
– South China mendahului seawal minit ke 10 hasil jaringan Chan Siu Kwan.

– Gol kedua South China minit ke 53 oleh  Lo Kong Wai.. 2-0

– Gol ketiga terhasil minit ke 56 dari Sealy

– Nwakame menjadikan kedudukan 3-1 hasil jaringan pada minit ke 62

– Full Time Pahang tewas 1-3

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan G, Global FC menewaskan Yadanarbon 4-1.

** keputusan akan dikemaskini sepanjang perlawanan **

Kepada anda yang ingin menonton perlawanan ini, boleh menonton siaran tertunda bermula jam 9.00 malam di Tv9 dan streaming di tonton.com.my

Check Also

Keputusan JDT vs Ceres Negros

Keputusan JDT vs Ceres Negros 17 Mei 2017

Hari ini 17.5.2017 pertemuan Piala AFC separuh akhir Zon Asean pasti menjadi tumpuan. Perlawanan yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *