Breaking News
Home » Teknologi » LINE Perkenal Pelekat Pray For Nepal

LINE Perkenal Pelekat Pray For Nepal

LINE Perkenal Pelekat Pray For Nepal. Berbagai cara boleh dibuat dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana alam. Begitu juga dengan LINE antara salah satu laman sosial aplikasi chat yang popular turut memperkenalkan sticker atau pelekat untuk aplikasi itu.

Pray For Nepal Oleh LINE
Pray For Nepal Oleh LINE

Pelekat ‘Pray for Nepal‘ itu adalah sebahagian daripada keprihatinan dan kemanusiaan LINE terhadap apa yang berlaku di Nepal yang sehingga kini mengorbankan ribuan nyawa serta memusnahkan banyak infrastruktur. – LINE

Menurut pengendali laman sosial LINE, semua hasil jualan pelekat pray for Nepal pada aplikasi itu akan didermakan untuk mangsa gempa bumi Nepal setelah ditolak kos bayaran khidmat. Hasil jualan akan didermakan kepada tabung bantuan gempa bumi Nepal Japanese Red Cross Society.

Kepada pengguna laman chat LINE bolehlah menderma dengan membeli sticker yang boleh digunakan pada aplikasi line itu melalui Sticker Shop dan LINE STORE aplikasi media sosial ini sehingga 31 Mei pada harga AS$0.99 ( RM3 ) atau 50 LINE Coins.

 

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *