Breaking News
Home » Uncategorized » Linda Jasmin Bukan Queen Control | Que Haidar

Linda Jasmin Bukan Queen Control | Que Haidar

Linda Jasmin bukan queen control itulah kenyataan Que Haidar seperti yang disiarkan oleh HM hari ini. “Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua” kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.Antara kenyataan Que Haidar di akhbar tersebut.

Sebelum ini Que Haidar menyatakan akan meninggalkan dunia lakonan dan telah menimbulkan berbagai spekulasi termasuk dia dihalang oleh Linda Jasmin untuk terus berlakon.Cerita ini bertambah hangat apabila dia tidak menghadiri prebiu filem terbarunya Misteri Jalan Lama di Cathay Cineplax e@Curve baru baru ini.

Semoga kenyataan Que Haidar ini mampu meredakan berbagai spekulasi sehingga membabitkan nama Linda Jasmin.Semua pihak harus menghormati keputusan pelakon itu untuk meninggalkan dunia lakonan dan menumpukan kepada perniagaan dan keluarga.Semoga Que dan Linda terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *