Breaking News
Home » Info Sukan » Lima Pemain Import Malaysia vs Tottenham

Lima Pemain Import Malaysia vs Tottenham

Lima Pemain Import Malaysia vs Tottenham. Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengesahkan yang pasukan pilihan Malaysia yang bakal berdepan perlawanan persahabatan dengan Tottenham pada 27 May 2015 akan menurunkan lima pemain import terbaik dalam Liga Malaysia. Jadi pasukan yang akan diturunkan nanti tidak akan menggunakan sepenuhnya pemain pasukan kebangsaan.

Perkara ini telah dibincangkan dengan Dollah Salleh selaku pengendali skuad kebangsaan untuk tidak menurunkan pasukan kebangsaan sepenuhnya. Antara alasan yang diberikan oleh Tengku Abdullah, pada tarikh berkenaan, pemain kebangsaan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) terbabit dengan perlawanan pusingan kedua kalah mati Piala AFC.

Namun MySensasi merasakan tindakan yng dibuat oleh FAM ini sangat positif kerana selain membantu pasukan dalam liga yang sarat dengan jadual , dengan menurunkan pemain import terbaik yang ada dalam Liga Malaysia secara tidak langsung dapat memberi promosi kepada liga itu sendiri.

Sebelum ini penyokong terutama dari Ultras Malaya menjalankan kempen boikot perlawanan sarkas yang ditujukan kepada perlawanan dengan Tottenham dan Liverpool dengan hastag #SayNoToCircusGame digunakan dilaman sosial.

“Insya-Allah kita akan campur pemain tempatan dan lima pemain import untuk skuad Pilihan Malaysia nanti. Ini kerana pada ketika itu, ramai pemain kebangsaan dalam pasukan JDT terbabit dengan Piala AFC. Jadi kita tengok dulu untuk perlawanan Tottenham ini macam mana. Kemudian baru nilai untuk aksi Liverpool (pada 24 Julai) pula,” – TENGKU ABDULLAH

Tengku Abdullah Presiden FAM
Tengku Abdullah Presiden FAM

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *