Breaking News
Home » Berita » Lim Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak

Lim Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak

Berita Semasa | Lim Guan Eng | Awana Porto Malai | Kapal Selam TLDM | KD Tun Razak | LIMA LANGKAWI 2011 – Pemimpin DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diberi kesempatan menyelam bersama kapal selam TLDM KD Tun Razak.Lim Guan Eng dipelawa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menangkis dakwaan pembangkang bahawa aset berkenaan mengalami masalah teknikal dan tidak berfungsi sepenuhnya.

Turut sama dalam penyelaman itu adalah Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman dan tiga wakil media, termasuk krew Majalah 3 bagi merakamkan acara berkenaan. Manakala, 27 wakil media tempatan lain turut dibawa menaiki kapal pengiring, KD Jebat dan KD Lekiu dari kelas ‘frigate’ bagi melihat sendiri bagaimana aset pertahanan strategik itu beroperasi dalam melindungi kedaulatan perairan negara.

Selaman KD Tun Razak bermula jam 3.45 petang dan berakhir pada jam 5.10 petang di kedalaman 55 meter kira-kira 40 batu nautika dari Jeti Awana Porto Malai.

BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *