Breaking News
Home » Info Sukan » Liga Malaysia 2015

Liga Malaysia 2015

Musim baru Liga Malaysia 2015 bakal bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang membabitkan Johor Darul Takzim ( JDT ) vs Pahang yang akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Januari 2015. Perlawanan ini juga dikira sebagai jadual perlawanan Liga Super 2015.

Pahang selaku juara Piala Malaysia musim lalu dan JDT juara Liga Super 2014, mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai juara bertahan tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia, Pahang layak dianggap pasukan pilihan walaupun bermain di hadapan ribuan penyokong JDT nanti. Namun cabaran JDT yang menghimpunkan ramai pemain terbaik negara, tidak boleh dianggap mudah. Perlawanan Piala Sumbangsih kali boleh dianggap sebagai El clasico Malaysia.

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Senarai pasukan Liga Super 2015

Saingan Liga Super 2015 dijangka bakal lebih sengit dengan kebanyakan pasukan telah pun membuat persiapan rapi dan berlumba-lumba mendapatkan tandatangan pemain terbaik tempatan dan import. Kehadiran Felda United selaku naib juara Liga Perdana dan naib juara Piala FA 2014, dijangka mampu memberi saingan sengit kepada pasukan sedia ada. Begitu juga dengan pasukan PDRM selaku juara Liga Perdana musim lalu pasti menambahkan kerancakan Liga Super.

Selangor, Perak , Terengganu, Kelantan dan banyak lagi pasukan dalam Liga Super juga mampu mencipta impak besar berdasarkan persiapan masing-masing menjelang sepak mula Liga Malaysia.

Liga Perdana 2015
Senarai pasukanLiga Perdana 2015

Kehadiran juara Liga FAM, Kuantan FA dari Pahang dan Kuala Lumpur ke Liga Premier musim ini, semestinya menjanjikan aksi mendebarkan di samping sasaran menggunung beberapa pasukan negeri seperti Kedah dan Negeri Sembilan Matrix yang meletakkan sasaran beraksi pada Liga Super 2016.

 

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *