Breaking News
Home » Berita » Leptospirosis Dan Melioidosis Selepas Banjir

Leptospirosis Dan Melioidosis Selepas Banjir

Leptospirosis Dan Melioidosis Selepas Banjir. Mengikut pemantauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia KMM mendapati trend notifikasi penyakit seperti leptospirosis dan melioidosis meningkat selepas banjir di Pantai Timur.

Mengikut laporan terkini KMM, Sejumlah 146 kes disyaki leptospirosis telah dilaporkan di negeri-negeri yang terlibat banjir di antara 11 hingga 13 Januari 2015 dan daripada jumlah tersebut sebanyak lima kes telah disahkan positif leptospirosis serta sebanyak tujuh kes melioidisis telah disahkan positif di Pahang.

 

peringatan jangkitan penyakit leptospirosis, melioidosis

KMM mengingatkan sukarelawan yang terlibat dengan sebarang aktiviti seperti pembersihan di kawasan terjejas banjir adalah antara yang berisiko mendapat jangkitan leptospirosis dan melioidosis. Mereka yang mempunyai tanda atau gejala, diminta mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan.

Tanda dan gejala jangkitan leptospirosis

demam, sakit kepala, sakit otot, batuk, muntah, sakit perut, ciritā€birit, radang mata dan jaundis.

Tanda dan gejala melioidosis

Demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk, sakit dada, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kekeliruan dan jangkitan setempat seperti kudis.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *