Menu Tutup

Lemang , Ketupat Dan Rendang


Lemang,ketupat dan rendang..alahai dah macam raya lak dah.Pagi tadi masa aku bersiap-siap pergi kerja,mak mertua,pak mertua,abang ipar dan kak ipar tengah sibuk menyiapkan bahan untuk lemang dan rendang.Ketupat memang dah siap malam tadi.Memang menjadi perkara lazim sebab bila nak sambut Ramadan ni memang benda tu semua akan di buat.Bila nak raya esok sekali lagi aksi ini akan berlaku.Tapi masa tu aku akan terlibat sekalilah..hari ini tak boleh sebab kena kerja..haha.

Masa kerja tadi memang dah terbayang lemang je..haha.Batang pen pun nampak macam lemang..keh keh.Siap je kerja cepat-cepat balik..sampai je..pehhh dah terhidang lemang dan rendang.Yehaaa..masa untuk makan.Memang terangkat bila layan lemang panas dengan rendang ayam campur maman.Mak mertua lalu belakang pun tak nampak..memang ler,lalu belakang memang tak nampakkan..kalau lalu depan baru ler nampak..Lunch hours hari ini layan lemang dan rendang..sebab aku ketupat ni agak kurang minat sikit..ketupat buat jamu mata je..lemang yang terbaik.

Selamat menyambut ramadan buat semua sahabat blogger dan pembaca sekelian.Sesungguhnya kita sentiasa di limpahi nikmat , bersyukurlah.

Jom baca entri sahabat dari Segmen Jom Kongsi Entri
Awek Aku Lisa Surihani Kena Marah
Aku Baru Ar

11 Comments

  1. Jiejah Gorjes

    wahhh kebetulan aku pun dok terpikir nak wat menu tuh ari ni or esok hhahaha bes per buat sempena sambut puasa. Selamat berpuasa mr. kiz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *