Breaking News
Home » Info Hiburan » Lelaki Itu Pemilik Hatiku Akasia TV3

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Akasia TV3

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Pengikut setia drama melayu terutama di Slot Akasia TV3 pastikan tidak ketinggalan menonton drama terbaru.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku
Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adalah adaptasi daripada novel Mr Hot Guy hasil tulisan Danisyarahmat. Drama ini akan mengandingkan pelakon popular Raja Afiq dan Puteri Aishah. Pasti ramai yang masih ingat akan cikgu perempuan yang viral suatu masa dulu iaitu Cikgu Aishah.

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku akan menemui penonton bermula 31 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 slot akasia.

Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Drama ini berkisar tentang Luqman Hakimi lakonan Raja Afiq anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila lakonan Puteri Aishah. Pada awalnya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luqman Hakimi jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Dapatkah Luqman Hakimi memiliki hati Nurin Kamila untuk dirinya selamanya?

Senarai Pelakon

Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sebagai Rashdan
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Natasya Mahyan sebagai Yani
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil sebagai Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad sebagai Zaimah
Jaja Iliyes sebagai Shira
Ariff Aziz sebagai Mokhtar

Selamat menonton.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *