Breaking News
Home » Berita » Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

Lee Kuan Yew Meninggal Dunia. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Singapore, Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew,meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura selepas menghidap radang paru-paru kronik.

Singapura turut mengisytiharkan Perkabungan Negara mulai 23 Mac hingga 29 Mac depan.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga sahaja pada Isnin dan Selasa di kediaman keluarga di Sri Temasek. Mayat mendiang akan diberikan penghormatan negara di bangunan Parlimen pada Rabu hingga Sabtu untuk orang awam memberikan penghormatan terakhir.

Upacara pengkebumian negara pula akan diadakan pada Ahad pukul 2 petang di University Cultural Centre, National University di Singapura.

Lee Kwan Yu
Lee Kwan Yu

Mendiang Lee Kuan Yew adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965.

Sumber Astro Awani

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *