Breaking News
Home » Info Sukan » Lee Chong Wei Pemain Terbaik Dunia 2011

Lee Chong Wei Pemain Terbaik Dunia 2011

Lee Chong Wei Pemain Badminton Terbaik Dunia 2011 – Datuk Lee Chong Wei diumum sebagai pemain terbaik dunia 2011 dengan mengatasi pemain China,Lin Dan.Anugerah ini diumumkan sebelum bermulanya kejohanan Siri Masters Akhir 2011.Pemilihan sebagai pemain terbaik dunia ini adalah kali ketiga berturut-turut untuk Lee Chong Wei.
Lee Chong Wei merangkul tujuh kejuaraan sepanjang 2011,lima daripadanya berstatus Siri Super.Tujuh kejuaraan Lee Chong Wei tahun 2011 adalah Siri Super Masters final di Taiwan,Terbuka Malaysia, All England, Terbuka India, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Perancis.Selain itu Lee Chong Wei juga menjadi naib juara dalam Terbuka Korea, Kejohanan Dunia, Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark.Untuk rekod juga,tahun ini Chong mencipta sejarah apabila layak ke perlawanan akhir 11 kali berturut-turut setiap kejohanan yang sertai.
Lee Chong Wei menerima anugerah daripada Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF),majlis gala di Liuzhou,China.Pemain terbaik wanita pula disandang oleh Wang Xiaoli-Yu Yang dari China.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. lin dan tak dapat ?ini sudah cukup bagus .. =)

  2. nampaknya usaha Dato’ Lee Chong Wei x sia-sia.. even kekadang tewas dengan Lin Dan.. bangga jadi rakyat Malaysia!

  3. tahniah datuk lee chong wei, sekurang2nya anugerah ini mengubat duka akibat selalu asyik kalah dengan musuh ketat gila psiko, lin dan..semoga anugerah ini membangkitkan semangat dalam jiwa datuk sekaligus membenam ego lin dan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *