Breaking News
Home » Info Sukan » Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia 2014

Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia 2014

Keputusan Badminton Sukan Asia Incheon 2014 , Perseorangan Lelaki Lee Chong Wei – Pemain perseorangan utama Malaysia Lee Chong Wei menerima tentangan sengit dari pemain kurang ternama sebelum menang dan layak ke separuh akhir badminton Sukan Asia Incheon 2014.
Dalam perlawanan suku akhir , Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas ketika menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam aksi tiga set. Perlawanan yang agak sukar dan seperti hilang fokus bagi Datuk LCW. 
Pemain Vietnam itu mengejutkan Lee Chong Wei pada set pertama apabila menang 21-23 sebelum beliau bangkit untuk menang 21-16 pada set kedua. Pada set ketiga , sekali lagi pemain Vietnam itu hampir mencipta kejutan , sebelum Lee Chong Wei menamatkan permainan dengan kemenangan 21-17.
Badminton Sukan Asia Incheon 2014
Mengikut jadual , Lee Chong Wei bakal berdepan pemenang satu lagi perlawanan antara Kenichi Tago dari Jepun atau Lin Dan dari China. Semoga Lee Chong Wei mampu kembali fokus kerana lawan di separuh akhir lebih kuat.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *