Home » Uncategorized » Laser..Laser..Laser

Laser..Laser..Laser

Ni lah Gambar penonton Malaysia di Bukit Jalil  Yg dikatakan menghalakan sinaran laser ke arah penjaga gol Indonesia  hingga mereka kalah 3-0..Tapi kaler merah eh bajunya..tak der kaler kuning pun..haha Merah itu Indonesia kan.. [ gambar pinjam google @ web page Fan bola indon ]

Salam semua..isu laser menjadi topik paling hangat meninggalkan isu2 mulut laser 2-3 hari ni..Surat khabar pun banyak cerita pasal laser..[rugi beli paper hari ni asyik baca citer laser je ..huhu ]..blog pun citer laser..blog indon lagilah laser dia punya statament..Semua salahkan penyokong kat Bukit Jalil..termasuklah aku tu yang di salahkan walaupun aku cuma tukang sorak je..aku mana ada duit nak beli laser..isk isk.
Tapi aku pelik selepas isu MALINGSIA..GANYANG MALAYSIA pulak isu LASER..glamer ultramen kejap sebab banyak gambar ultraman di gunakan dalam blog sebagai simbolik simbol laser..( aku pun guna gak eh..)..Apa motif nya nak buat cam tu..apa salah kami bangsa Malaysia..kenapa serang Laman FB dan Twitter Malaysia dengan maki hamun hingga langsung tak ada puji..( pujilah sikit sebab team malaysia menang..bukan kena bayar pun kalau nak puji.)
Tapi bukan semua yang mengutuk..ada gak rakyat Indonesia tidak dapat menerima alasan kekalahan di sebabkan laser..Sebab laser tu bukan 90 minit pun menghala ke muka penjaga gol tu..ingat senang ke nak tembak tepat2 laser tu lagi jauh..Tak tahulah kalau ada sniper yang tolong tembakkan laser tu.
Ada satu pihak pulak cakap masa kat indon penyokong indon dah guna laser semasa Malaysia kalah 1 – 5..banyak blog dah tulis cam tu..Sapa yang mula ni..aku pun tak pastilah..tuhan je yang tahu..tu pun nak salahkan Malaysia gak..entahlah..
Lastly..tolonglah wahai sobat2 di seberang sana..jangan jadikan sukan tempat untuk menebalkan kebencian sesama umat..Malaysia indonesia bukan jauh pun..terkentut korang terdengar kat sini..tapi terkentut kita orang tak dengar pun..sebab kita kentut dengan sopan..sebab kita kat sini tak suka caci maki..tak suke tau..haha..
Ni Komen positif dari rakan seberang dalam n3 aku tentang kemenangan malaysia 3 – 0 ( cam nilah baru  rock )
Tu aje kali ni..jumpa kat Jakarta 2nd leg..kalau korang nak bawak laser bawaklah banyak2..Satu stadium suluh laser kat keeper Malaysia..tapi tak kisah..defend kita leh kasih korang masuk sampai sempadan kotak penalti je..tapi kalau lepas korang laser2 pemain Malaysia tapi tetap kalah..apa lagi alasan korang..takkan nak cakap pemain malaysia pakai contact lens kalis cahaya pulak..!!
To team Malaysia pastikan korang menang kat Gelora Bung Karno nanti..buktikan kita menang bukan sebab laser tapi sebab kita bagus..kita bagus..kalau korang kalah aku tetap sokong gak sampai korang berjaya..sampai ke piala dunia..sebab aku sayang bolasepak malaysia sejak dari Dulu..kini..selamanya.
p/s = bekalan 3 – 0 belum leh jamin kejayaan lagi..so cuba lebih keras kerana situasi di Bukit Jalil tak sama dengan Gelora Bung karno..insyaallah korang berjaya..Buktikan kita negara bermaruah supaya tak kena kutuk2 lagi..tutup mulut mereka..kepada yang tak kutuk maki tu baguslah semoga persahabatan ukhwah kita di nusantara semakin erat.

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

8 comments

  1. bila kes laser mau tutup..huh

  2. hahaha! kes laser nih akan diam bila kita sumbat gol banyak2~ a.k.a kita menang!

  3. hahaha xkesah la laser ke ape ke..
    semoga malaysia menang berganda-ganda di indon =)

  4. mcm 2 laa kalo adat bertanding .. kalo kalah mmg akan rasa x pueh ati..

    dah menjadi adat malaysia dan indonesia.. kalo bertanding je .. pasti akan ada kontroversi…

  5. haha.dengar cter mse kite kalah hari tu diorg yg main laser..betul ke? kes balas2 ke ape?

  6. laser… datang dari langit kot… hahaha

  7. SYABAS SKUAD NEGARA – 5 TONGGAK UTAMA PILIHAN KELI OH KELI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *