Breaking News
Home » Uncategorized » Langit Tak Selalunya Cerah

Langit Tak Selalunya Cerah

Pagi ni selepas selesai aje taklimat pagi hujan renyai renyai mulai turun membasahi bumi.Namun kerja rutin harus di teruskan.Lepas uruskan apa apa yan patut kat pejabat terus cari port nak sarapan.Isi perut dulu baru ada power nak teruskan kerja.Macam biasa lepas sarapan terus ke ladang buat tugas rutin pantau dan monitor kerja2 di ladang.Walaupun hujan renyai2 kerja mesti terus..alah bisa tegal biasa

Walaupun langit hari ni tak cerah namun bukan aku nak cerita pasal hari ni hujan tapi tentang maksud di sebalik ungkapan itu.Langit tak selalunya cerah ibarat kehidupan ini tak selamanya indah indah belaka..tak selamanya kita senang.Kalau selama ini kita di puja..di puji ,tapi suatu masa nanti kita akan hilang semua tu jika kita terus leka di buai mimpi di siang hari.Tak selamanya orang akan suka kita jika kita lupa akan waktu waktu susah dulu.Jangan bila dah senang lupakan mereka2 yang salama ini sama sama membantu kita.

Hilangkanlah rasa ego untuk menerima teguran..jangan kerana kita berada setahap di atas nak cuit skit pun tak boleh.Melenting meletop mengamuk macam nak berperang.Apa yang dapat kalau keras kepala ni.Satu sen tak dapatlah..musuh dapatlah..untung ke dapat musuh??

Ingat langit tak selalunya cerah..mimpi tak selalunya indah..tapi kena ingat juga jangan tindas orang yang di bawah kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan diatas anda pula yang terjunam kebawah..

peace…aku dan sesuatu…

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

4 comments

  1. sy suka menerima teguran (^_^) <<–yeke nie

  2. Setuju sangat2..macam roda jugak sekejap di atas, sekejap di bawah.

  3. jangan pandah rendah pada org yg berada d bawah tanah…

  4. org kat ats x smstinya btol .
    xde mnusia smpurna ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *