Breaking News
Home » Uncategorized » Lakaran Wajah Penyamun Simbah Asid

Lakaran Wajah Penyamun Simbah Asid

Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Lakaran Wajah Suspek

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999.

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

One comment

  1. wah tq 4 this info!mmg takutlah.walaupun kite ni mak budak,tapi tetap gerun sbb mangsa tak mengenal usia dan status

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *