Breaking News
Home » Info Hiburan » Lagu Cover Kelembaistudio Saz Best

Lagu Cover Kelembaistudio Saz Best

Lagu Cover Kelembaistudio Saz Best. Jarang jumpa dan rasa susah nak jumpa mana-mana cover lagu seperti yang dibuat oleh Kelembaistudio Saz ( mengikut nama akaun youtube mereka ) dan mungkin juga boleh gelar empat anak muda ini Kelembai Band ( pepandai je den ni bagi nama ). Cover mereka secara live band dan memang berbeza serta lain dari yang lain. Memang rare lah.

Jika anda hanya mendengar sahaja audio mungkin sama sahaja dengan cover-cover lain tu, namun jika ditonton sekali dengan videonya, kekadang aksi mereka boleh bikin gelak guling-guling. Apa yang boleh MySensasi komen adalah , mereka ada bakat , ada style , ada drama dan macam-macam ada. Komen-komen dari pengguna Youtube juga sangat positif.

Kelembaistudio Saz
Kelembaistudio Saz

Tanpa wajah , tanpa nama .. siapakah mereka sebenarnya ?

Antara lagu-lagu yang telah di cover oleh mereka merujuk pada channel Youtube Official Kelembaistudio Saz adalah

Kaulah Segalanya – Ruth Sahanaya
Gila Judi | Awak Kat Mana
Azura – Jamal Abdillah
Billie Jean – Micheal Jackson
She`s Gone – SteelHeart
Sweet Child O Mine – Gun n Roses
Jangan Tinggal Daku feat Abang Kassim
Basikal Tua – Sudirman
Dekat bawah ni Mysensasi belanja satu video dari KelembaiStudio cover lagu Hatiku Kau Guris Luka .. Layan.

Untuk tonton video mereka yang lain terus sahaja terjah Youtube mereka di Kelembaistudio saz

Anda boleh dapatkan perkembangan terkini mereka menerusi Page mereka di Facebook Kelembaistudio Saz Offical

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *