Breaking News
Home » Info Hiburan » Kutipan Suamiku Encik Perfect 10

Kutipan Suamiku Encik Perfect 10

Kutipan Suamiku Encik Perfect 10. Filem lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini semakin mendapat sambutan dari peminat filem tempatan. Selepas lebih seminggu ditayangkan , filem ini masih mendapat sambutan dipawagam.

Filem Suamiku Encik Perfect 10  ini telah mencapai kutipan tiket sebanyak RM1.5 juta sepanjang seminggu tayangannya. Ini membuktikan filem ini sememangnya mendapat sambutan peminat.

Filem ini juga menjadi trending melalui laman sosial dengan hastag #Suamikuencikperfect10 dan #SEP10. Rata-rata menyatakan sokongan dan memuji filem ini.

suamiku encik perfect 10
suamiku encik perfect 10 lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani dapat sambutan mengalakan

Filem Suamiku Encik Perfect 10 ini menceritakan tentang pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang di antara Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief Danial (Aaron Aziz) yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri. Tapi siapa sangka di sebalik lakonan itu terputik pula perasaan lain di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Jom ke pawagam dan belajar jadi Suami Yang Perfect 10.

Check Also

sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan oleh peminat bolasepak sejati. Ola Bola¬†bertemakan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *