Home » Info Hiburan » Kumpulan Wings Lancar Mobile Apps

Kumpulan Wings Lancar Mobile Apps

Kumpulan Wings Lancar Mobile Apps. Kepada peminat setia kumpulan rock legenda Malaysia, Wings anda kini boleh mengikuti perkembangan kumpulan itu secara eksklusif melalui smartphone anda melalui applikasi telefon pintar Wings.

Aplikasi Wings yang dibangunkan oleh Laiyon Interactive Sdn Bhd itu boleh dimuat turun berlandaskan sistem IOS oleh Apple melalui App Store dan juga Android oleh Google melalui Play Store secara percuma bermula dari 26 Februari 2015.

Kumpulan Wings merupakan kumpulan muzik pertama di Malaysia yang melancarkan applikasi mobile sendiri dan ini dijangka mampu memberi kesan jangka panjang untuk kumpulan legenda itu.

Kemunculan aplikasi berkenaan adalah untuk meningkatkan penjenaman kumpulan itu di alam siber sejajar dengan perkembangan teknologi. Wings adalah kumpulan rock tempatan pertama yang mempunyai aplikasi seumpama itu dengan pelbagai maklumat terkini dan eksklusif. Malah menerusi aplikasi ini juga peminat boleh membuat pembelian album dan single Wings dengan adanya pautan iTunes selain pautan kepada Instagram, Facebook dan Twitter Wings – Joe ( pemain gitar Wings )

applikasi mobile wings
kumpulan wings

Perkembangan terbaru Wings buat masa ini, mereka baru sahaja melancarkan album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya. 

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *