Breaking News
Home » Uncategorized » Konsert Fenomena 30 Tahun Search 2011 | Tiket

Konsert Fenomena 30 Tahun Search 2011 | Tiket

Search akan kembali beraksi dalam konsert fenomena 30 tahun Search 2011.Konsert Fenomena 30 Tahun Search 2011 yang akan mula menggegarkan negara di 3 lokasi utama iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November 2011 diikuti dengan Stadium Yunos Larkin Johor Bahru (3 Disember 2011) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember 2011).

Ini merupakan konsert terkini kumpulan rock lagenda ini selepas tahun lepas mereka bergabung dalam konsert double trouble (DT) bersama wings.Untuk itu tiket-tiket untuk konsert ini boleh didapati di cawangan Petronas, Rock Corners dan semua wakil jualan sah yang tersenarai dalam www.tickethotline.com.my.Laman web www.tickethotline.com.my juga menyediakan perkhidmatan pembelian tiket secara online.

Tiket untuk menyaksikan konsert di Larkin dan Pulau Pinang hanya dijual pada harga RM59, manakala tiket di Kuala Lumpur pula bernilai RM69. Namun, bagi anda yang membeli tiket bermula pada 6 Oktober hingga 13 Oktober 2011 ini, tiket-tiket di kesemua lokasi ini akan dijual dengan diskuan sebanyak 15 peratus.

Untuk info terkini boleh didapati di http://www.facebook.com/SEARCH30

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *